SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:
Hukum Kanun Melaka adalah satu bukti kukuh bahawa Kesultanan
Melayu Melaka telah memiliki perlembagaan bertulis yang membuktikan
pelaksanaan adat tempatan dan perundangan Islam. Terdiri daripada pelbagai
perhambaan, kontrak, perwakilan, keluarga, laut dan Islam. Undang-undang
Islam pula mengandungi hukum jual-beli, tatacara pengadilan, hukum Qisas
dan hukum Jenayah Islam atau Hudud.
Sebelum era penjajahan British secara menyeluruh di Tanah Melayu,
Kerajaan Johor Moden telah menjadi negeri Melayu pertama memasyhurkan
perlembagaan kerajaan tersebut pada tahun 1895 yang dinamakan Undang-
undang Tubuh Kerajaan Johor (UTKJ). Perkembangan ini diikuti oleh Kerajaan
Melayu Terengganu melalui dokumen Undang-undang Bagi Diri Kerajaan
Terengganu (UBDKT) pada tahun 1911. Pemasyhuran UBDKT dilihat
mempunyai kaitan dengan UTKJ disebabkan is kandungan dan penyusunan
mempunyai beberapa persamaan (Wan Ahmad Fauzi , Anisah, Mohamed
Anwar, & Hanif, 2017).
Pada 21 Januari 1948, Kerajaan British telah menandatangani
perjanjian negeri dengan sembilan orang Raja-Raja Melayu yang
mengesahkan kedaulatan Raja-Raja Melayu seperti mana a wujud sebelum 1
Disember 1941 sera menghapuskan implikasi Perjanjian MacMichael dan
penubuhan Malayan Union ke atas Negeri-Negeri dan Raja-Raja Melayu.
Comments
Post a Comment