PERANAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI:
MENGIKAT MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA SATU UNDANG YANG SAMA UNTUK SESUATU MASALA SUPAYA TIDAR BERCANGGAH ANTARA SATU SAMA LAIN.
- Fasal152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu yang diperuntukkan oleh Parlimen.
- Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugame lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan"
- Perkara 11 mengenal Kebebasan Ugama pula menyatakan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya".
MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA.
- Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 vang memperuntukkan penubuhan badan yang dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan mengisytiharkan kawasan keselamatan, menielaskan kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara berkaitan. Akta ini Nampak berkesan ketika pengurusan kes penularan Covid-19 di Malaysia.
MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
- Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan tetap tertakluk kepada peruntukkan Akta Hasutan dan beberapa akta lain membawa maksud walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing- masing namun ia masin di bawah undang- undang di mana sekiranya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru- harakan keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh diambil tindakan.
MELINDUNGI KEPENTINGAN SEMUA KAUM DENGAN JAMINAN KEADILAN SOSIAL ANTRA KAUM.
- Contohnya Perkara 149 berkenaan perundangan menentang, perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam. Di bawah perkara in, disebut bahawa mana- mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh menimbulkan perasaan- niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan Diri) Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan bergerak), Perkara 10 (Kebebasan Percakap, Berhimpun dan Berpesatuan) atau Perkara 13 (Hak Terhadap Harta).
Comments
Post a Comment